JOM KENALI KENAPA WANITA MESTI ADA JERAGAT !
Jeragat memang akan hadir pada wanita, terutamanya wanita yang meningkat umur 40 tahun dan ke atas. Ia akan menjadikan wajah kusam dan nampak bertompok. Ia akan jadikan kita kurang yakin dan pastinya kita akan mencari pelbagai produk untuk menghapuskanya!
Jeragat memang buatkan wanita berasa rimas, sangat tidak selesa dan kurang berkeyakinan tentang penampilan diri. Macam-macam produk yang kita cuba tapi jeragat masih ada.
Kita perlu tahu kenapa jeragat muncul, baru senang nak cegah dan menghilangkannya. Jadi apa sebenarnya punca jeragat:
1. Sinaran Matahari
Sinaran UV ini musuh utama kulit kita. Terlalu terdedah kepada sinaran matahari akan membuatkan kulit kita lebih gelap, tona tak sekata, kurang berseri dan malah akan menyebabkan bintik-bintik hitam jeragat. Jeragat yang dah mula pudar pun akan kembali bila terlalu terdedah kepada sinar matahari.
2. Perubahan Hormon
Perubahan kitaran haid jugak menjadi salah satu punca jeragat muncul. Sesetengah wanita hamil juga akan mengalami masalah jeragat kena perubahan hormon semasa hamil. Selain itu pengambilan pil perancang juga boleh menyebabkan jeragat.
3. Pemilihan produk yang salah
Tersalah memilih produk juga punca jeragat kerana pemilihan produk yang mengandungi bahan kimia terlarang akan menipiskan kulit muka. Kulit muka yang nipis akan menyebabkan kulit menjadi sensitif dan terdedah risiko kepada sinaran matahari sangat tinggi.
4. Penjagaan muka yang tidak konsisten
Bila dah pilih produk yang selamat jangan pulak malas jaga muka. Kalau malas sangat pun jangan lah tidur tanpa mencuci muka terlebih dahulu. Make up yang tidak berkualiti pun penyebab jeragat tau.
5. Keturunan
Kalau sebab keturunan boleh semak dengan mak, ayah atau kaum keluarga terdekat. Kalau mereka ni ada jeragat jadi tak mustahil kita pun akan ada jugak. Jadi kena ambik langkah berjaga-jaga.
Bila punca jeragat kita dah ambil tahu jadi lebih mudah la kita nak ambil langkah seterusnya untuk hilangkan jeragat ni. Jadi tak ada sebab lagi untuk bertangguh hilangkan jeragat.