7 BUAH-BUAHAN YANG BAIK UNTUK KULIT LEBIH MENAWAN

Memiliki kulit wajah yang bersih dan menawan menjadi idaman setiap wanita. Malah, golongan ini sanggup menghabiskan ratusan hingga ribuan ringgit bagi mendapatkan kulit yang mereka idamkan.

Dalam masa yang sama, kita pastinya tidak boleh mengelak bahawa pengambilan makanan juga menjadi antara penyumbang kepada kesihatan kulit wajah kita. Antara makanan yang menjadi pilihan pastilah buah-buahan.

Di sini kami ingin kongsikan 5 jenis buah-buahan yang baik untuk kulit lebih menawan:

  1. Betik

Betik mengandungi vitamin A, C, B, folat, asid pantothenik dan mineral seperti magnesium dan potassium. Enzim seperti papain dan chymopapain membantu menghalang kerosakan kulit yang disebabkan oleh radikal bebas dan juga sifat antibakteria.

Betik juga baik untuk merawat perbagai masalah kulit yang lain seperti ketuat, eczema, corns dan tuberkula kulit.

  • Avocado

Avocado mengandungi kandungan yang tinggi bagi kandungan lemak sihat, serat makanan, vitamin E, A, C, K, B6, niacin, folat dan asid pantothenik. Ianya turut diperkaya dengan lutein dan zeaxanthin yang menggalakkan penuaan sihat dengan melindungi kulit daripada sinar UV.

Lemak sihat yang terkandung dalam avocado membantu keanjalan kulit, mengurangkan keradangan dan mempercepat penyembuhan luka.

  • Blueberi

Blueberi juga dikenali sebagai ‘blue dynamos’ kerana ia mengandungi banyak khasiat di dalam saiznya yang kecil. Buah ini kaya dengan sumber antioksidan, serat dan vitamin A dan C.

Jangan lupa untuk tambahkan blueberi dalam menu diet anda dan nantikan ia akan melakukan keajaiban pada kulit wajah anda.

  • Epal

Epal juga tersenarai sebagai salah satu buah-buahan yang baik untuk kulit wajah anda. Untuk kelihatan lebih muda, pastikan anda makan epal merah kerana ia mengandungi kolagen yang baik untuk keanjalan kulit.

  • Strawberi

Siapa yang tidak suka dengan strawberi? Selain enak dimakan begitu saja, buah comel ini turut kaya dengan khasiat yang baik untuk kulit anda. Strawberi mengandungi asid ellagic yang berfungsi untuk merawat kulit rosak akibat sinaran UV dan juga mampu mengurangkan kedutan.

  • Delima

Kulit anda sering terdedah dengan sinaran cahaya matahari? Jika ya, anda boleh merawatnya dari dalam dengan buah delima. Dengan kandungan vitamin C, K, folat dan mineral seperti kalsium dan magnesium, perbagai penyelidikan telah membuktikan bahawa delima dapat melancarkan pertumbuhan semulajadi kulit.

Malah, kulit dan biji buah delima yang kaya dengan antioksidan seperti ellagic acid juga dapat melindungi kulit daripada sinaran UVA dan UVB.

  • Nanas

Sudah bertahun-tahun nanas digunakan sebagai tumbuhan perubatan. Ini kerana buah nanas mengandungi enzim yang dipanggil bromelain yang berfungsi untuk melawan keradangan kulit dan bengkak.

Apa yang lebih menarik, sekumpulan saintis berpengalaman dari SIRIM Berhad yang diketuai oleh Dr Nurul Izza Nordin telah menjalankan penyelidikan tentang enzim bromelain yang terdapat dalam nanas dan khasiatnya kepada kulit wajah.

Melalui perbagai kajian yang memakan modal hampir ratusan ribu ringgit selama lebih daripada dua tahun, para penyelidik ini akhirnya dapat menemui rawatan yang sangat efektif dan berkesan untuk merawat pelbagai masalah kulit.

Hasil kajian ini telah melahirkan satu produk yang diberi nama Ensutouch.

Ensutouch merupakan skincare pertama yang menggunakan enzim bromelin berasaskan daripada nanas. Ianya berkesan dalam menyelesaikan masalah jeragat, kulit kusam dn jerawat melalui kaedah rejuvinasi sel kulit tanpa penggunaan bahan kimia terlarang.

Hasil daripada kajian mendalam serta keberkesanannya, Ensutounch telah berjaya memenangi Silver Medal ITEX 2018 yang ke-29 pada bulan Mei 2018.