KEJAYAAN ENSUTOUCH

ENSUTOUCH DIANUGERAHKAN SILVER AWARD ITEX 2018

Usaha R&D pihak SIRIM dalam kaedah teknologi hijau untuk mengekstrak enzim bromelin telah memenangi anugerah Silver di International Invention, Innovation & Technology Exhibition (ITEX 2018). Ujian demi ujian juga telah dilakukan selama 2 tahun menggunakan kaedah terbaru ‘3D Cell Screening’ iaitu mimic kulit manusia bagi memastikan keberkesanan sebelum berada di pasaran.

Secara saintifik atas kajian yang telah dilakukan, Ensutouch dikenalpasti dapat membantu melambapkan kulit, merawat jerawat dan jeragat serta mengandungi sifat pencerahan kulit dan pembaharuan sel yang terbaik.

MAJLIS PELANCARAN ENSUTOUCH

16 Mac 2019 | Kuala Lumpur Convention Centre (KLCC) – Pelancaran produk kecantikan Kajian SIRIM BERHAD berasaskan Enzim Bromelin dari nanas dengan jenama ENSUTOUCH oleh Syarikat Ensu Lifescience Sdn Bhd sempena BioUsahawan 2019. Majlis pelancaran disempurnakan oleh YBhg. Dato’ Mohd Sallehhuddin Hassan, Ketua Setiausaha Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani. 

KERATAN AKHBAR

MEDIA

TENTANG KAMI

Kosmesuetikal dari Ensulifesciences atas kerjasama dengan Sirim Berhad telah berjaya mencipta rangkaian penjagaan kulit wajah bertaraf antarabangsa. Ia menggunakan ekstrak enzim bromelain dari bio-jisim nanas sebagai bahan aktif utama yang PERTAMA di Malaysia.

CARIAN PANTAS
SOSIAL MEDIA